Monday, 13 March 2017

SEJARAH PEMADAM

PEMADAM sebuah Persatuan Mencegah Dadah Malaysia telah ditubuhkan pada 22 Mac 1976. Mengikut perlembagaan, YAB Perdana Menteri adalah Penaung PEMADAM dan Yang Dipertua PEMADAM akan ditentukan oleh beliau.
PEMADAM ditadbir oleh satu badan yang dipanggil Majlis Anti Dadah PEMADAM Kebangsaan dan untuk melicinkan lagi jentera pengurusan dan pelaksanaan program dan aktivitinya, 15 biro telah diwujudkan. Sebagai satu badan yang bercorak kebangsaan, PEMADAM juga bergerak diperingkat Negeri, Daerah dan Unit/ Jajahan.
PEMADAM menjadi pertubuhan pengasas kepada penubuhan IFNGO (International Federation of Non-Government Organisations) satu badan ikatan antarabangsa menentang penggunaan dadah. Sekretariat IFNGO terletak di Ibu Pejabat PEMADAM Kebangsaan. PEMADAM juga turut aktif dalam aktiviti WFTC (World Federation Therapeutic Communities) dan forum-forum Anti-Dadah lain yang dianjurkan sama ada oleh Colombo Plan atau lain-lain Agensi Anti-Dadah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).



KENALI PEMADAM

PEMADAM adalah singkatan dari PERSATUAN MENCEGAH DADAH MALAYSIA.
Ia adalah satu pertubuhan sukarela yang ditubuhkan untuk menolong mereka yang bermasalah berbangkit daripada penggunaan DADAH, untuk memberi tunjuk ajar kepada orang ramai mengenai bahaya-bahaya penyalahgunaan DADAH dan juga untuk mendapat kerjasama orang ramai dalam usaha membanteras masalah sosial berkaitan DADAH.
PEMADAM adalah sebuah NGO yang PROAKTIF bertindak secara EFEKTIF mampu memberi MAKLUMAT yang tepat, kepimpinannya AMANAH serta bersikap DINAMIK. Mementingkan AGAMA dan berjiwa MERDEKA daripada bahaya DADAH.